Sahabat
aku sentiasa meletakkan dirimu yang utama dalam hidupku,
kerna kau tidak pernah mengenal erti perpisahan
ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya
wajah kerianganmu sentiasa menemani tidurku,
senyumanmu menerangi hidupku,
tawamu sentiasa memberi ketenangan kepadaku,
kata-katamu sentiasa memberi azimat perangsang kepadaku,
dan kasih sayangmu tidak pernah terhenti walau sedetik
Sahabat
aku sentiasa menghargai dirimu
kerana kau terlalu teristimewa bagiku
tanpamu pasti ku rasakan kekurangan dalam perjalanan hidupku
mesranya tika kau menyapaku
ayunya wajahmu ketika melihat kehadiranku
aku sentiasa merasa dihargai ketika bersamamu
ohh...inikah yang dinamakan sahabat sejati kekal abadi.
Sahabat
sepanjang mengenalimu,
baru kini aku terasa seperti hilang sesuatu yang teramat bermakna bagi ku
terasa betapa aku amat memerlukan kehidupan bersamamu sahabat
kehidupan yang sentiasa menyatukan hati kita
kehidupan yang sentiasa memapah kita untuk meniti kehidupan ini
tiada apa yang lebih bernilai melainkan ketulusan hatimu sahabat
terima kasih sahabat.



ku juga sentiasa meletakkan mu sentiasa diatas kerna kau yang paling memahami ku selain dr ibu apaku... thanx 4 everything frenz... love you~ frenz 4eva ya~~~
ReplyDelete